GLOBAL

Congo bakal diambil alih pembangkang

10 Jan 2019, 7:18 AM
Congo bakal diambil alih pembangkang

KINSHASA, 10 JAN: Calon pembangkang, Felix Tshisekedi diisytiharkan Suruhanjaya Pilihan Raya Republik Demokratik Congo sebagai pemenang dalam pilihan raya Presiden, 30 Disember tahun lalu.

Memetik laporan agensi Reuters, berikutan itu, ia bakal menyaksikan peralihan kuasa dalam pentadbiran republik itu buat kali pertama sejak kemerdekaannya daripada Belgium pada 1960.

Sungguhpun demikian, pihak pemerhati pilihan raya menyatakan wujud beberapa kejadian mencurigakan ketika hari pembuangan undi dan penipuan.

Sementara itu, calon yang kalah iaitu ahli perniagaan, Martin Fayulu dan calon parti pemerintah, Emmanuel Ramazani Shadary, boleh mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan Congo yang mempunyai 10 hari tempoh bagi sebutan dan perbicaraan sekiranya terdapat mana-mana bantahan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.