GLOBAL

Tanah runtuh Sukabumi: 2 maut, 41 orang masih tertimbus

1 Jan 2019, 3:24 AM
Tanah runtuh Sukabumi: 2 maut, 41 orang masih tertimbus

JAKARTA, 1 JAN: Dua disahkan maut manakala 41 orang dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi, Jawa Barat, yang berlaku semalam.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa yang tertimbus.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, satu petempatan di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat, membabitkan 30 buah rumah tertimbus akibat tanah runtuh.

"Berdasarkan pendataan BNPB setakat ini, dua orang disahkan terbunuh, tiga cedera dan 61 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara," katanya.

*Sumber: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.