ad
SELANGOR

MB: Hentikan buli siber

21 Okt 2018, 7:08 AM
MB: Hentikan buli siber

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 21 OKT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menyeru masyarakat supaya menghentikan kes buli siber membabitkan cucu Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Amirudin berkata, beliau memandang serius perkembangan terbaru membabitkan kanak-kanak berusia 9 tahun itu yang dicemuh dan dilemparkan kata-kata kesat di media sosial terutamanya.

"Saya mengikuti perkembangan kes melibatkan Datuk Seri Zahid Hamidi. Saya percaya beliau akan dibicarakan dengan adil berlandaskan lunas undang-undang negara.

"Segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa haruslah dibicarakan dan diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amirudin berkata, semua pihak seharusnya membiarkan proses undang-undang dilaksanakan dengan tertib.

"Let the law takes its course (Biar undang-undang tentukan). Kerajaan Pakatan Harapan komited mempertahankan martabat undang-undang negara serta membicarakan mereka yang menyalahguna kuasa berlandaskan prinsip ‘rule of law’ ('prinsip undang-undang')," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.