SELANGOR

10,000 meriahkan #AnakAnakMalaysia Walk

2 Sep 2018, 5:15 AM
10,000 meriahkan #AnakAnakMalaysia Walk

SHAH ALAM 2 SEPT: Seramai 10,000 peserta menyemarakkan acara #AnakAnakMalaysia Walk yang berlangsung meriah di Eco Ardence, Setia Alam dekat sini, pagi tadi.

Seawal jam 5.30 pagi peserta melakukan sesi pemanas badan bersama dengan pengajar kecergasan dari gim i-1 serta berjalan kaki sambil memakai baju-T dan gelang #AnakAnakMalaysia.

Lebih meriah lagi acara pada jam 7.35 pagi itu dilepaskan Dato' Menteri Besar Amirudin Shari dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah bersama-sama dengan Pengerusi Kumpulan Eco World Development, Tan Sri Liew Kee Sin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur #AnakAnakMalaysia Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Kumpulan Star Media Bhd Datuk Fu Ah Kiow dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Bhd, Datuk Seri Wing Chun Wai.

#AnakAnakMalaysia Walk merupakan kerjasama antara syarikat hartanah terkemuka Kumpulan Eco World Development Bhd dan Kumpulan Star Media Bhd.

Penaja lain untuk acara itu termasuk Panasonic (penaja perak) dan DRB-Hicom (penaja kenderaan).

FOTO SUMBER: MSTAR ONLINE

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.