GLOBAL

Sepanyol siasat insiden jet Eurofighter lepaskan peluru berpandu

8 Ogos 2018, 2:21 AM
Sepanyol siasat insiden jet Eurofighter lepaskan peluru berpandu

MADRID 8 OGOSL Kementerian pertahanan Sepanyol membuka satu siasatan selepas satu daripada jet tentera udara negara ini daripada jenis Eurofighter secara tidak sengaha melepaskan sebiji peluru berpandu di ruang udara Estonia semasa satu misi latihan rutin, semalam.

"Sebuah jet Eurofighter Sepanyol berpangkalan di Lithuania secara tidak sengaja melepaskan peluru berpandu tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan," kata kementerian dalam satu kenyataan.

Tambah kementerian itu, insiden terbabit berlaku malam tadi di kawasan barat daya Estonia.

"Peluru berpandu udara ke udara itu bagaimanapun tidak mengenai sebarang pesawat dan kementerian pertahanan membuka siasatan bagi menjelaskan punca sebenar kejadian itu," tambahnya. - AFP

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.