GLOBAL

160 banduan lari dari penjara Cameroon

30 Jul 2018, 2:07 AM
160 banduan lari dari penjara Cameroon

YAOUNDA 30 JUL: Sekurang-kurangnya 160 banduan melarikan diri dari penjara Ndop yang terletak di wilayah utara barat Cameroon ketika insiden pencerobohan penjara terbabit, semalam.

Pegawai tempatan, William Benoit Emvoutu Mbita yang memberitahu radio CRTV berkata, sekurang-kurangnya 50 lelaki bersenjata melepaskan tembakan sebelum memecahkan pintu penjara itu.

Mereka kemudian menggunakan minyak untuk membakar keseluruhan bangunan penjara Ndop.

Katanya, banduan yang menyerah diri secara 'sukarela' akan ditempatkan di penjara di Bamenda, ibu negeri wilayah utara barat dan pemburuan sedang dilakukan ke atas banduan-banduan terbabit.

SUMBER: AFP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.