SELANGOR

Fokus kemenangan PRK, tolak spekulasi boikot calon

20 Jul 2018, 5:29 AM
Fokus kemenangan PRK, tolak spekulasi boikot calon
Fokus kemenangan PRK, tolak spekulasi boikot calon
Fokus kemenangan PRK, tolak spekulasi boikot calon

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 JUL: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menolak spekulasi pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis tidak mendapat sambutan ekoran beberapa pimpinan tertinggi tidak hadir.

Sebaliknya, beliau berkata, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Pilihanraya, Nurul Izzah hadir pada pelancaran itu.

Katanya, manakala, Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali tidak dapat hadir kerana mempunyai program lain.

"Mohamed Azmin secara perlahan memberikan tugas kepada saya untuk mentadbir contohnya mesyuarat Pakatan Harapan (PAKATAN), semalam.

"Ini kerana beliau tidak mahu kelihatan dominan dalam pentadbiran negeri. Kita perlu faham beliau dan juga Xavier Jayakumar (Ketua Cabang Kota Raja) juga tidak hadir kerana mempunyai tugas masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Dun Sungai Kandis di Padang Rakyat Jalan Kebun, di sini.

Amirudin berkata, pada mulanya beliau hanya melancarkan jentera PRK, namun selepas perbincangan dimuktamadkan dan pengumuman itu dibuat.

"Tidak wajar kita pertikaikan. Apapun kita perlu memfokuskan kemenangan Dun Sungai Kandis," katanya.

Semalam, Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (Bippa) serta AJK Biro Pendidikan KEADILAN di peringkat pusat, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dipilih sebagai Calon N49 Sungai Kandis bagi mengantikan Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfoma.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.