SELANGOR

HTAR nafi bekalan darah O negatif kurang

23 Jun 2018, 6:20 AM
HTAR nafi bekalan darah O negatif kurang

KLANG 23 JUN: Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) menafikan tular dakwaan seorang waris pesakit bahawa darah jenis O negatif semakin berkurangan di hospital terbabit.

Pengarah HTAR, Dr. Mohamad Sabri Othman berkata, hasil siasatan mendapati bekalan darah O negatif pada ketika ini adalah mencukupi.

Katannya, pihaknya turut telah membekalkan keperluan bekalan darah yang mencukupi kepada pesakit tersebut.

"Darah jenis O negatif adalah dikategorikan sebagai kumpulan darah yang jarang dijumpai (rare).

"Sehubungan itu, semua tabung darah tidak menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa. Bagaimanapun, stok sedia ada adalah mencukupi untuk kegunaan semasa kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini.

Jelas beliau, HTAR juga mempunyai senarai penderma darah tersebut untuk dipanggil pada bila-bila masa terutama pada waktu kecemasan.

Justeru, Mohammad Sabri menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu seterusnya menyebarkannya kepada orang lain.

SUMBER: KOSMO!

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.