SUKANKINI

WC2018: Shaqiri bantu Switzerland atasi Serbia

23 Jun 2018, 1:32 AM
WC2018: Shaqiri bantu Switzerland atasi Serbia

OLEH HAFIZAN TAIB

KALININGRAD, 23 JUN: Jaringan lewat Xherdan Shaqiri membantu Switzerland mengalahkan Serbia 2 - 1 dalam perlawanan Kumpulan E Piala Dunia di sini.

Penyerang Stoke City itu mengambil peluang pada minit akhir perlawanan dengan mengatasi pertahahan lawan dan penjaga gol, Vladimir Stojkovic menerusi sepakan bagi memastikan kemenangan pasukannya.

Serbia sebelum itu memberi cabaran dengan gol seawal minit kelima melalui Aleksandar Mitrovic yang menjadikan perlawanan menarik dengan kedua pasukan meningkat serangan balas.

Switzerland menyamakan kedudukan apabila pemain Arsenal, Granit Xhaka memperoleh gol tujuh minit bermula separuh masa kedua dengan satu rembatan tepat.

Kemenangan Switzerland menjadikan peluangnya terbuka luas dalam Kumpulan E untuk ke peringkat seterusnya.

Switzerland dan Brazil kini mengumpul emat mata manakala Serbia (tiga), akan berdepan Costa Rica yang sudah tersingkir dalam aksi selepas ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.