SELANGOR

MBI serah bantuan Aidilfitri kepada 13 anak syarikat

7 Jun 2018, 4:56 AM
MBI serah bantuan Aidilfitri kepada 13 anak syarikat

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 JUN: Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 13 anak syarikat bukan berlandaskan keuntungan di bawah naungannnya, pagi tadi.

Surat sumbangan berkenaan disampaikan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Mohd Amin Ahmad Ahya, di Pejabat SUK dengan disaksikan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin.

Soffan berkata, sebanyak RM5.1 juta diperuntukkan kepada 1,491 kakitangan untuk semua anak syarikat berkenaan.

"MBI berharap sumbangan ini dapat membantu semua kakitangan membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya.

Antara yang menerima bantuan itu ialah Universiti Selangor (UNISEL), Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH), Communication Corporation Sdn Bhd, Tourism Selangor Sdn Bhd, Invest Selangor Berhad, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Inpens Selangor Sdn Bhd, Landasan Lumayan Sdn Bhd, SSDU, SmartSel Sdn Bhd, BBGC, Institut Darul Ehsan (IDE) dan Rumah Puteri Arafiah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.