EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi 3.9680/9730 berbanding dolar AS

22 Mei 2018, 2:32 AM
Ringgit dibuka tinggi 3.9680/9730 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 22 MEI: Ringgit pulih apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat yang kembali bertumpu terhadap mata wang negara sedang pesat membangun, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit disebut pada 3.9680/9730 berbanding dolar AS daripada paras 3.9780/9820 sewaktu ditutup semalam.

Menurut peniaga, kalangan pelabur masih bimbang menjelang pengumuman data inflasi AS pada esok (23 Mei) yang berkemungkinan memaparkan lebih banyak petunjuk mengenai kenaikan seterusnya kadar faedah negara maju itu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9619/9663 daripada 2.9570/9606 namun tinggi berbanding yen apabila mencecah 3.5741/5796 daripada 3.5744/5790 semalam.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3278/3365 daripada 5.3329/3399 namun rendah berbanding euro kepada 4.6775/6838 daripada 4.6722/6785.

SUMBER: BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.