NASIONAL

KDN akui wujud elemen judi dalam PRU

5 Apr 2018, 5:37 AM
KDN akui wujud elemen judi dalam PRU

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 5 APR: Kementerian Dalam Negeri mengakui wujud sindiket perjudian yang bergerak aktif setiap kali berlangsung pilihan raya umum (PRU), di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, sindiket itu menjadikan keputusan pilihan raya sebagai pertaruhan dan dipercayai membabitkan jumlah wang yang besar.

"Sindiket perjudian seperti bertaruh keputusan pilihan raya dan memang kementerian sedia maklum.

"Siapa bertaruh, siapa bertanding dan kerusi mana, yang ini baru saya dengar," katanya pada sesi pagi persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, pada masa ini, kegiatan perjudian haram itu sudah berada dalam perhatian Polis Diraja Malaysia.

Katanya, polis turut mempunyai pasukan khas bagi membenteras aktiviti perjudian terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.