GLOBAL

Russia enggan bincang hak asasi manusia Syria di PBB

20 Mac 2018, 2:19 AM
Russia enggan bincang hak asasi manusia Syria di PBB

GLOBAL 20 MAC: Russia, semalam menghalang pertemuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan keadaan hak asasi manusia di Syria.

"Kami tidak melihat sebarang kewajaran bagi pertemuan diadakan kerana hak asasi manusia bukan subjek agenda majlis keselamatan," kata timbalan tetap wakil Russia ke PBB, Gennady Kuzmin.

Russia adalah penyokong kuat Presiden Bashar al-Assad.

Perancis dan enam negara lagi menggesa pertemuan diadakan, yang dijangka memasukkan taklimat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi PBB, Zeid Ra'ad al-Hussein.

Kuzmin meminta undian prosuder diadakan dan cuma lapan delegasi mengundi menyokong, kurang satu undian yang diperlukan untuk mesyuarat diadakan.

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.