EKONOMI

Ringgit diniaga 3.9020/9050 berbanding dolar AS

13 Mac 2018, 3:53 AM
Ringgit diniaga 3.9020/9050 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 13 MAC: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) awal hari ini susulan laporan pekerjaan AS yang menunjukkan kelemahan data upah yang sekaligus menekan dolar.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9020 / 9050 berbanding 3.9030.9060 pada Isnin.

"Pasaran masih tidak kukuh dengan pelabur kini sangat berhati-hati apabila mata wang pasaran baru muncul pulih. Laporan pekerjaan yang lebih kukuh dengan inflasi gaji yang rendah harus terus membuktikan sokongan terhadap ringgit minggu ini," kata Ketua Perdagangan AS-OANDA, Stephen Innes.

Walau bagaimanapun, beliau berkata potensi peningkatan dalam ketegangan perdagangan terus berlarutan.

Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9732 / 9764 daripada 2.9678 / 9712 pada Isnin dan lemah berbanding pound British kepada 5.4250 / 4311 daripada 5.4076 / 4122.

Berbanding yen, ringgit lebih rendah pada 3.6676 / 6715 daripada 3.6627 / 6666 dan lemah berbanding euro pada 4.8143 / 8184 daripada 4.8054 / 8095.

SUMBER: BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.