SELANGOR

Stesen LRT Kelana Jaya sudah beroperasi

5 Mac 2018, 2:01 AM
Stesen LRT Kelana Jaya sudah beroperasi

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 5 MAC : Stesen LRT Kelana Jaya kini sudah kembali beroperasi jam 9.50 malam tadi, lebih awal dari waktu yang dijadualkan.

Sebelum ini, operasinya dihentikan sementara sejak petang kelmarin berikutan sebahagian bumbung stesen tercabut dan diterbangkan angin.

RapidKL mengumumkan perkembangan terbaharu itu menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya, malam tadi.

Dalam kenyataan awal, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memaklumkan stesen itu akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 6 pagi ini.

Sementara itu, orang ramai memuji kerja baik pulih pantas yang dilakukan kakitangan RapidKL.

Sepanjang penutupan stesen itu, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.