BALING, 22 JULAI: Seorang pelajar perempuan tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, di sini maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, pagi tadi.
PUTRAJAYA, 21 JULAI: Polis menahan seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes seluk saku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA Terminal 1) semalam.
ISKANDAR PUTERI, 21 JULAI: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah pusat beli-belah di sini malam tadi.
KANGAR, 20 JULAI: Dua anggota polis trafik ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut dan memukul seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.
IPOH, 19 JULAI: Polis menahan empat remaja lelaki di beberapa lokasi berbeza sekitar Teluk Intan, semalam selepas disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.
SHAH ALAM, 19 JULAI: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembah Klang dengan merampas 49.5 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM7.8 juta dalam serbuan di sekitar Selangor, Rabu lepas.
TANJUNG MALIM, 19 JULAI: Operasi pencarian bahan bukti bagi kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ditangguhkan akibat air Sungai Trolak di Kampung Batu 4, Slim River dekat sini deras selain keruh dipercayai ekoran hujan awal pagi tadi.
GEORGE TOWN, 18 JULAI: Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung dekat sini, semalam.
KUALA LUMPUR 18 JULAI: Beg tangan wanita dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemukan dalam operasi pencarian bahan bukti yang dijalankan di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, semalam.
SHAH ALAM, 18 JULAI: Enam individu termasuk tiga anggota polis berpangkat rendah ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis kokain dan menahan pasangan suami isteri dan seorang lelaki dalam dua operasi di Cheras di sini Selasa lepas.
SUNGAI BULOH, 18 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon untuk melanjutkan reman anggota polis disyaki terlibat kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang tamat Isnin depan.
KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.
SUNGAI BULOH, 18 JULAI: Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah akan diserahkan kepada keluarganya hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi ini.
SUNGAI BULOH, 16 JULAI: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam, merupakan seorang anggota polis.
IPOH, 12 JULAI: Seorang pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan, Rabu lepas.
KUALA LUMPUR, 12 JULAI: Sifat mudah simpati dan belas kasihan masyarakat untuk membantu individu dilanda musibah membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab menangguk di air keruh untuk mengutip wang atas alasan derma.
KUALA TERENGGANU, 12 JULAI: Tiga individu maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu Rakit, Kuala Nerus, dekat sini malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.