KUALA LUMPUR, 10 OKT: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat murid sebuah pusat tahfiz di Datuk Keramat di sini sejak Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 10 OKT: Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak dihidupkan semula.
GEORGE TOWN, 7 OKT: Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan Kaabah di sebuah bazar perniagaan di sini semalam.
IPOH, 6 OKT: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
JOHOR BAHRU, 5 OKT: Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
SIBU, 4 OKT: Seorang wanita warga emas kerugian RM80,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat kurier.
SHAH ALAM, 4 OKT: Tiga penghuni banglo tiga tingkat berdepan detik cemas apabila kediaman mereka disamun 12 individu bersenjatakan parang dalam kejadian di Jalan Jagong, Pandamaran, Klang, dekat sini semalam.
SEREMBAN, 3 OKT: Dakwaan cubaan menculik seorang murid darjah lima berhampiran sebuah sekolah di Kuala Pilah seperti yang tular di laman sosial hari ini adalah palsu.
JITRA, 2 OKT: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang disyaki dicampak dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup pita pelekat ke Sungai Padang Terap dekat sini, diteruskan pagi ini.
GEORGE TOWN, 1 OKT: Wanita yang mendakwa dijadikan perempuan simpanan oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau 'along' di Pulau Pinang, menerusi satu sesi audio siar di laman sosial TikTok ditemukan selamat oleh polis semalam.
KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Aktiviti perniagaan melibatkan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di dalam negara dipercayai telah lumpuh susulan serbuan besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Global Fasa 1 hingga Fasa 4 bermula awal bulan ini.
TAWAU, 26 SEPT: Seorang buruh lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan di Kilometer 32, Jalan Tawau-Kunak di sini pada 8.30 pagi tadi.
SHAH ALAM, 26 SEPT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperoleh kerjasama penuh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat 612 individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
MELAKA, 24 SEPT: Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini semalam.
BALIK PULAU, 24 SEPT: Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar di sini semalam.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Polis giat mengesan tiga lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Telok Panglima Garang dekat sini, petang Jumaat lepas.
IPOH, 23 SEPT: Cuti persekolahan yang berakhir semalam sepatutnya dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah, namun menjadi pengajaran berharga kepada 69 pelajar sekolah apabila menjadi antara 136 yang ditahan polis dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Klebang Ria, petang semalam.
IPOH, 22 SEPT: Penularan gambar memaparkan seorang pekerja pam minyak di Taiping terbaring dalam keadaan berlumuran darah adalah disebabkan masalah kesihatan, bukannya ditembak seperti dakwaan yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di beberapa negeri semalam, menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki melarikan dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.