KLANG, 21 JAN: Polis telah merakam keterangan pemilik kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula yang dilaporkan meletup dalam kejadian di Taman Perindustrian Kapar Indah, di sini petang semalam.
CHUKAI, 21 JAN: Polis menahan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat memukul seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Pasar Tani Padang Astaka Chukai di sini, menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat ini kepada enam orang.
SEMPORNA, 21 JAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan ibu bapanya dipanggil ke balai polis kerana meletakkan objek seperti batu, kayu serta paku di atas jalan di KM20, Jalan Semporna-Tawau di sini pada Ahad.
JOHOR BAHRU, 20 JAN: Pemilik syarikat agensi umrah Hejira Travel & Tour Holding Sdn Bhd bersama isterinya ditahan oleh Polis Kontinjen Johor pada Sabtu lepas berhubung satu lagi kes penipuan yang dilaporkan di Johor.
GEORGE TOWN, 19 JAN: Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam dan merampas pelbagai jenis dadah dan sitaan bernilai lebih RM1.3 juta dalam dua siri serbuan di negeri itu bermula Jumaat lepas hingga hari ini.
KOTA TINGGI, 18 JAN: Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru di sini, pagi tadi.
RAWANG, 18 JAN: Polis menembak mati tiga lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Emerald di sini tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Polis menahan tujuh pekerja syarikat kurier disyaki terlibat mencuri bungkusan dikirim pelanggan membabitkan kerugian RM21,818 dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan bermula Isnin hingga semalam.
KUALA LUMPUR, 18 JAN: Empat individu yang maut selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lepas disahkan mengambil dadah, berikutan darah mereka didapati mengandungi bahan terlarang berkenaan.
JOHOR BAHRU, 18 JAN: Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh.
KUALA LUMPUR, 17 JAN: Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
JOHOR BAHRU, 17 JAN: Polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan daging babi sejuk beku dengan penahanan lapan individu di kawasan jeti tidak diwartakan di Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang di sini semalam.
BANDAR PERMAISURI, 17 JAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM68 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja, dekat Kampung Beris Tok Ku di sini hari ini.
KUANTAN, 17 JAN: Seorang lelaki kerugian RM137,000 selepas terperdaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan pada November lepas.
KUANTAN, 16 JAN: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita mempunyai 22 rekod jenayah lampau di dua lokasi berasingan minggu lepas, bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan barang kemas yang videonya tular di media sosial.
IPOH, 16 JAN: Seorang warga emas lelaki berusia 87 tahun yang hilang sejak 12 Jan lepas ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dekat sini semalam.
TANGKAK, 16 JAN: Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes seorang lelaki dipukul di kawasan Semenyih, Kajang, bulan lepas.
JOHOR BAHRU, 15 JAN: Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 15 JAN: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan hilang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Jumaat lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.