ad

Lelaki warga asing ditahan kes gangguan seksual remaja di Rawang

6 Ogos 2025, 12:00 AM
Lelaki warga asing ditahan kes gangguan seksual remaja di Rawang

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap remaja perempuan di kawasan Bukit Sentosa, Rawang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa kira-kira 3 petang pada Ahad lepas.

"Suspek berumur 21 tahun itu berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor hasil maklumat awam," katanya dalam kenyataan semalam.

Ibrahim berkata semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan negatif.

Beliau berkata suspek direman selama tiga hari bermula pada hari ini hingga 7 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek, kes yang berlaku di Hulu Selangor tempoh hari berjaya diselesaikan sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap polis,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.