SHAH ALAM, 6 JULAI: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, dekat sini, semalam.
JOHOR BAHRU, 3 JUN: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
SHAH ALAM, 17 APRIL: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di sebuah kilang membuat batu blok di Seksyen 35, di sini hari ini.
MUAR, 16 APRIL: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, dekat sini, awal pagi semalam.
JOHOR BAHRU, 10 APRIL: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
GEORGE TOWN, 14 FEB: Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tiga tong gas petroleum cecair (LPG) dalam kejadian di rumah pangsa di Jalan Gangsa, di sini malam tadi.
CHUKAI, 9 FEB: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memukul ibunya hingga cedera dalam kejadian di Kampung Baru, Felda Neram 1, Jabor, pagi tadi.
SHAH ALAM, 7 FEB: Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada 8.19 pagi tadi.
SEREMBAN, 18 JAN: Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di sini pada 10 Jan lepas.
MELAKA, 20 DIS: Seorang lelaki dan tunangnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merompak gelang tangan seorang warga emas sehingga mengakibatkan kecederaan kepadanya.
TANAH MERAH, 8 OKT: Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini memutuskan seorang peniaga bersama isterinya yang didakwa mempunyai dua suami, masih kekal sebagai suami isteri yang sah.
BUKIT MERTAJAM, 19 JULAI: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman nyaris maut selepas tersangkut pada dahan pokok setinggi 20 meter di Jalan Todak 4, Seberang Jaya di sini, semalam sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Seorang lelaki dalam sebuah video tular yang dilihat sengaja membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, di sini, baru-baru ini telah ditahan polis.
SEREMBAN, 15 FEB: Polis menahan 15 lelaki disyaki terlibat kejadian samun dan memecah masuk kedai di sekitar Nilai, dekat sini dan Kajang, Selangor dalam operasi selama sembilan hari sejak 26 Jan lepas.
KANGAR, 6 FEB: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok.
PASIR MAS, 19 DIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun tiga bulan ditemukan lemas di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR, 8 JUN: Walaupun mangsa keganasan rumah tangga sering dikaitkan dengan wanita dan kanak-kanak namun kaum lelaki yang menjadi mangsa penderaan juga dilindungi undang-undang di negara ini, kata pakar undang-undang.
KOTA TINGGI, 20 APRIL: Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas akhirnya ditangkap polis.
SEREMBAN, 13 APRIL: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada Mac lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.