KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Individu perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) dinasihatkan supaya merujuk terlebih dahulu dengan pengurus pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, Subang Jaya sebelum menghantar bantuan kepada mangsa yang berlindung di lokasi berkenaan.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memohon maaf dan menarik semula kenyataan media yang dikeluarkan agensi itu petang tadi berkaitan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui program Prasarana Prihatin menyediakan enam perkhidmatan van Rapid KL On-Demand secara percuma kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengalami dehidrasi ketika terlibat pada hari pertama operasi memadam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semalam.
Oleh Ufairah Tarmidzi SUBANG JAYA, 2 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan menyantuni mangsa kebakaran saluran paip gas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini, hari ini. Tengku Amir Shah yang tiba kira-kira jam 3.10 petang disambut Ketua Pegawai...
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Masih terdapat kebakaran kecil di beberapa rumah yang terlibat dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya semalam.
MERCY MALAYSIA, BSMM BANTU MANGSA KEBAKARAN SALURAN GAS KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Mercy Malaysia menawarkan bantuan dari segi sokongan kesihatan mental susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya yang mencederakan lebih 100 orang dan menjejaskan ramai penduduk. Menerusi...
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Polis akan memanggil kontraktor yang dipercayai menjalankan kerja-kerja projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, setelah dikenal pasti.
SHAH ALAM, 2 APRIL: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, kata EXCO pengurusan bencana.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Syarikat automotif Chery Malaysia menyediakan sebanyak 50 kereta untuk kegunaan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights selama sebulan, kata Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor Ng Sze Han.
Oleh Ufaira Tarmidzi SUBANG JAYA, 2 APRIL: Projek pembangunan berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Datuk Bandar Subang Jaya Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata projek berkenaan tidak berada dalam...
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada warganya, termasuk guru dan murid yang terjejas insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.
SUBANG JAYA, 2 APRIL: Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan pemeriksaan tahap keselamatan di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pagi ini.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Siasatan terperinci dan telus perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semalam.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan anggotanya melahirkan keprihatinan yang mendalam kepada mereka yang terjejas dengan kebakaran saluran gas di Putra Heights hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Syarikat insurans sedia membantu pelanggan yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyalurkan sokongan yang bermakna kepada keluarga yang terkena impak akibat kebakaran gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.
SHAH ALAM, 1 APRIL: Penduduk yang terjejas susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights diminta mendaftar dengan Unit Pengurusan Bencana Negeri.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Seramai 67 orang daripada keseluruhan 145 mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, masih menerima rawatan di empat hospital awam setakat 4 petang ini.
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya semakin reda setakat 1.55 petang ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.