ad
AGENDA

Kebakaran saluran paip gas makin reda setakat 1.55 petang

1 Apr 2025, 7:14 AM
Kebakaran saluran paip gas makin reda setakat 1.55 petang

KUALA LUMPUR, 1 APRIL: Kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya semakin reda setakat 1.55 petang ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata radius kebakaran juga berkurangan setakat waktu sama.

Beliau berkata pihaknya masih memantau di lokasi kejadian.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dan dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Beliau berkata 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.