KUALA LUMPUR, 7 JAN: Malaysia mengulangi komitmen untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan Asean bukan sahaja untuk seiring dengan perkembangan teknologi global tetapi juga meletakkan rantau ini sebagai peneraju global dalam tadbir urus digital, telekomunikasi dan multimedia yang beretika, inovatif dan inklusif.
SHAH ALAM, 3 JAN: Kerajaan belum menerima sebarang maklumat terkini daripada pihak berkuasa kesihatan berhubung ancaman virus baharu, metapneumovirus (hMPV) yang dilapor kian menular di China.
SHAH ALAM, 27 DIS: Dua beradik dari Selangor mengharumkan nama negara apabila menerima Anugerah Skill Master dalam Pertandingan Robotik MakeX di China, awal bulan lalu.
KUALA LUMPUR, 6 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tempoh Kepengerusian Asean 2025, Malaysia akan memberi keutamaan dalam perkara seperti melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara Asean dan ekonomi lain.
PUTRAJAYA, 28 NOV: Malaysia dilihat oleh negara luar sebagai antara negara paling aman dengan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan di rantau Asean, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
LIMA (Peru), 15 NOV: Meskipun Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN dan Kaukus Majlis Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC)-ASEAN tahun depan, blok meliputi 10 negara anggota itu akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan berlandaskan konsep pemusatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SEPANG, 8 NOV: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bercadang mengadakan karnival usahawan wanita sempena negara menjadi pengerusi ASEAN tahun depan.
SHANGHAI, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pavilion Malaysia di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai, China.
PUTRAJAYA, 29 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin Asean ketika menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2025.
PUTRAJAYA, 28 OKT: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diberikan tanggungjawab untuk mempengerusikan mesyuarat dan menjadi tuan rumah kepada empat persidangan sempena kepengerusian ASEAN 2025, antaranya Sidang Kemuncak Hartanah ASEAN 2025 pada 2-4 Julai tahun depan.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara Asean dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 18 OKT: Semua kementerian dan jabatan yang terlibat dengan penganjuran mesyuarat serta aktiviti sempena kepengerusian Asean-Malaysia 2025 perlu menggunakan kraf tangan tempatan.
SHAH ALAM, 16 OKT: Pertubuhan serantau Asean berpeluang menjadi watak penting dunia berikutan mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan rantau lain, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 15 OKT: Perdana Menteri berkata beberapa negara Asean menunjukkan minat menyertai BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) selepas Malaysia berhasrat menjadi sebahagian blok ekonomi itu.
SHAH ALAM, 15 OKT: Persidangan Asean dipengerusikan Malaysia tahun depan membawa keistimewaan apabila turut melibatkan negara bawah Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Plus China.
Daripada Rosmalis Anuar VIENTIANE, 11 OKT: ASEAN dan Beijing mencapai kata sepakat untuk mengelakkan keganasan di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata China dan semua negara anggota blok serantau itu turut bersetuju untuk menggunakan jalur...
BEIJING, 4 OKT: Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Skuad badminton remaja negara sedang menjalani kem latihan pusat akhir di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Nanchang, China dari 30 Sept hingga 13 Okt ini.
KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Lawatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke China pada 19 hingga 22 September ini, mencatatkan sejarah penting dalam hubungan diplomatik Malaysia-China yang menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini.
SEPANG, 24 OGOS: Malaysia mula mengeksport durian segar ke China hari ini, selepas dua bulan Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China dimeterai.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.