SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengarahkan seluruh unit bencana negeri memantau keadaan jerebu yang sedang melanda beberapa kawasan ketika ini.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari hari ini merasmikan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2025 yang diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam di sini.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya ini dijangka mengalami lencongan trafik berikutan perhimpunan anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, esok.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Dua kawasan di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia, Selangor dengan bacaan 152, diikuti Kuching, Sarawak dengan bacaan 111, setakat jam 3.47 petang ini.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis menahan tiga remaja yang disyaki terbabit dalam insiden melarikan seorang lelaki menggunakan lori ketika berlaku pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya, pada Selasa.
ISTANBUL, 25 JULAI: Legenda gusti profesional Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, meninggal dunia pada usia 71 tahun di Florida, Amerika Syarikat (AS) semalam lapor Anadolu Ajansi.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Seorang wanita warga tempatan dipercayai ‘ibu ayam’ antara 93 individu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama dan bangunan rumah kedai di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, di sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dipukul orang awam ketika cuba melakukan jenayah ragut terhadap seorang guru tadika wanita di kawasan perumahan berhampiran Batu 9, Cheras pada Selasa lepas.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Usaha memperluas pendidikan falak di Selangor akan diperkasa ke arah melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga membudayakan celik falak, waktu, ibadah dan jati diri.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Operasi pembenihan awan (OPA) hanya akan dilaksanakan jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 secara berterusan lebih 24 jam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan diminta menyemak semula syarat penjagaan bayi bawah usia 12 bulan di pusat asuhan termasuk nisbah jagaan bagi mengelak timbulnya kesan kepada ibu bekerja.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
PUTRAJAYA, 25 JULAI: Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri edisi ke-50 tahun 2025 kini sampai ke kemuncak, dengan empat pasukan terbaik akan berentap pada peringkat akhir bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis menembak mati dua lelaki warga asing disyaki dalang utama kumpulan samun bersenjata dan pecah rumah dalam kejadian di Jalan Semerah Padi, Cheras, awal pagi tadi.
SEPANG, 25 JULAI: Seramai 198 warga asing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 semalam kerana cuba memasuki negara ini tanpa tujuan yang jelas, selain tidak memenuhi keperluan asas seperti kewangan mencukupi dan tempat penginapan.
PUTRAJAYA, 25 JULAI: Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
IPOH, 24 JULAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah merampas pelbagai peralatan dan sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM21 juta dalam satu operasi bersepadu di sebuah kilang haram di Mukim Bagan Sena dekat Kulim, Kedah semalam.
SHAH ALAM, 24 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan enam individu bagi membantu siasatan program motivasi rumah tangga eHATI yang dipercayai bercanggah dengan hukum syarak.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.