SEPANG, 17 NOV: Pakatan Harapan (PAKATAN) berpegang teguh pada prinsip untuk mengekalkan tadbir urus lebih baik dalam memenuhi harapan dan keperluan rakyat secara adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum.
SHAH ALAM, 17 NOV: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari bakal mengetuai delegasi Kerajaan Negeri ke Barcelona, Sepanyol sebagai memenuhi jemputan ke Kongres Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress), hari ini.
SHAH ALAM, 14 NOV: Hatrik daripada pemain penyerang, Muhammad Danial Zharfan Zainal membantu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik menang besar 5-0 sekali gus muncul juara Piala Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Edisi Ke-32 2019.
SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat untuk mempergiatkan Program Bedah Buku bersiri membabitkan penterjemahan karya-karya agung ke bahasa Melayu di Perpustakaan Raja Tun Uda.
SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk menaiktaraf TV Selangor kepada televisyen (tv) digital, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 11 NOV: Dato' Menteri Besar dan EXCO Selangor diwajibkan mengisytiharkan harta masing-masing bagi memastikan integriti dan akauntabiliti dijunjung sekali gus semua komponen Kerajaan Negeri mengamalkan budaya kerja yang bersih, telus serta kompeten.
SHAH ALAM, 9 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Malawati, di sini.
SHAH ALAM, 9 NOV: Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang menggoncang dunia pada 1,441 tahun lalu adalah rahmat terbesar dalam hidup manusia, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.
PETALING JAYA, 9 NOV: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menyifatkan kenyataan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin yang mempertikaikan pemberian peruntukan RM5.3 juta kepada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) sebagai tidak wajar.
PETALING JAYA, 9 NOV: Seni kreatif mempunyai potensi besar dan tidak seharusnya dipinggirkan di Selangor yang kian pesat membangun dengan kemodenan semasa, kerana ia turut menyumbang kepada arah itu.
SHAH ALAM, 8 NOV: Seramai 40,469 ketua isi rumah yang berpendapatan bawah RM4,000 berdaftar dengan sistem e-Kasih setakat 15 Oktober lalu.
SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Negeri menerusi agensinya telah menyalurkan sebanyak RM29.7 juta bantuan pendidikan kepada pelajar di Universiti Asia Barat dan Timur Tengah sejak diperkenalkan.
SHAH ALAM, 2 NOV: Pengurangan jumlah peruntukan Belanjawan #Selangor2020 dikhuatiri akan menyaksikan Kerajaan Negeri sekali lagi membentangkan perbelanjaan tambahan seperti yang berlaku sebelum ini.
SHAH ALAM, 2 NOV: Anggaran perbelanjaan RM2.33 bilion menerusi peruntukan Belanjawan #Selangor2020 membuktikan Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berhemah bagi menjamin kemampanan pengurusan kewangan.
SHAH ALAM, 2 NOV: Keprihatinan Kerajaan Negeri yang memberi fokus terhadap pembangunan infrastruktur dalam pembentangan Belanjawan #Selangor 2020 dipuji.
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Polis menahan empat penunggang basikal lajak yang sedang leka bermain basikal di sekitar kawasan Tasik Tambahan, Ampang dekat sini, semalam.
SHAH ALAM, 29 OKT: Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) menarik perhatian antarabangsa menerusi kerjasama dengan ‘The Ocean Cleanup’ membabitkan penggunaan inovasi jentera Interceptor yang akan dijadikan sebagai pelengkap kepada usaha pembersihan Sungai Klang sedia ada.
SHAH ALAM, 29 OKT: Lapan projek awal yang dikenal pasti di bawah fasa pertama pelan induk Gerbang Maritim Selangor (GMS) sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan daya tarikan dan keindahan Sungai Klang, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.
SHAH ALAM, 29 OKT: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menyifatkan Belanjawan Selangor 2020 yang bakal dibentangkan pada 1 November ini sebagai pembukaan ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang akan memandu hala tuju dan masa depan negeri itu.
SHAH ALAM, 28 OKT: Pertama kali dalam sejarah apabila Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini melantik individu cacat penglihatan sebagai bilal sekali gus dianggap berjaya mengangkat martabat kumpulan berkenaan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.