PASIR MAS, 16 NOV: Banduan yang menjalani tahanan rumah akan dipakaikan dengan alat peranti pengesan apabila Rang Undang-Undang (RUU) akta baharu tahanan rumah yang dicadangkan diluluskan Parlimen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
SELAYANG, 16 NOV: Pengisytiharan Gombak Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan negeri bakal menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.
SEREMBAN, 16 NOV: Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Jan depan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
KAJANG, 16 NOV: Siasatan membabitkan pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dijangka selesai dalam masa dua minggu.
SHAH ALAM, 16 NOV: Lebih RM100 bilion nilai eksport negara bakal dijana menjelang 2030 menerusi sektor semikonduktor di Lembah Klang Raya.
NIBONG TEBAL, 16 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyiapkan Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang merangkumi tindakan sebelum, semasa dan selepas banjir.
SHAH ALAM, 16 NOV: Projek keterhubungan grid air akan menjadi tumpuan utama bagi memastikan bekalan air terjamin dan berterusan di negeri ini, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sehingga 4 petang ini.
SHAH ALAM, 16 NOV: Kerajaan Negeri memperuntuk RM2.8 juta bagi memastikan kelangsungan pembangunan belia terus dilaksana hingga ke peringkat akar umbi.
SELAYANG, 16 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mengisytiharkan Gombak Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama negeri ini.
SHAH ALAM, 16 NOV: Bagi melahirkan sumber manusia berkemahiran dan mampu memberi impak sosial dan ekonomi, Selangor memperuntuk dana RM2.6 juta bagi Pembangunan Modal Insan dan Sosial.
SHAH ALAM, 16 NOV: Pelajar India yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan dibantu melalui Program Bantuan Yuran Pengajian Pelajar India B40.
SHAH ALAM, 16 NOV: Dua lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bakal dibuka di Kuala Langat dan Hulu Selangor tahun depan.
LIMA (Peru), 16 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia tetap konsisten dengan pendiriannya terhadap isu Israel dan Palestin, menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik.
SHAH ALAM, 16 NOV: Sejumlah RM1 juta diperuntuk kepada Akademi Literasi al-Quran Selangor (ALAS) dan Akademi Turath Selangor bagi memperkasa pengurusan dan pengajian al-Quran serta kitab Turath.
SHAH ALAM, 16 NOV: Sejumlah RM523,800 diperuntuk bagi menaik taraf Sistem Tender Online Selangor, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 16 NOV: Sejumlah RM10 juta diperuntuk tahun depan bagi dana awalan Tabung Penyelesaian Strata di Selangor, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 15 NOV: Selangor akan mengemukakan kertas putih kecerdasan buatan (AI) merangkumi usaha meningkatkan kecekapan khidmat kerajaan dalam sidang Dewan Negeri tahun depan.
SHAH ALAM, 15 NOV: Selangor bakal memperkenalkan Dasar Speed Selangor bagi memendekkan tempoh kelulusan Kebenaran Merancang (KM) kawasan industri terancang dari 3.5 bulan kepada 14 hari.
SHAH ALAM, 15 NOV: Sejumlah RM112 juta diperuntuk bagi pengambilan 200 ekar tanah baharu untuk tapak pelupusan sanitari dan merawat 30 ekar tanah di Tapak Pelupusan Sanitari Tanjung Dua Belas (TPSTG12).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.