SHAH ALAM, 3 OGOS: Polis belum menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung kes kehilangan bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman.
KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lepas.
KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Kertas siasatan membabitkan penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, hari ini.
SHAH ALAM, 31 JULAI: Aktiviti tiga sahabat menjaring ikan di Pantai Morib, Kuala Langat hari ini berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas.
SEREMBAN, 31 JULAI: Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
JOHOR BAHRU, 30 JULAI: Tindakan seorang lelaki merakam video bahagian bawah paha seorang wanita warga asing di sebuah pusat beli-belah mengundang padah, apabila dia diserahkan kepada polis.
SEREMBAN, 30 JULAI: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita hari ini dipercayai mempunyai kaitan kes mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol.
KANGAR, 30 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak petrol bersubsidi RON95 di sekitar Kangar.
SEREMBAN, 29 JULAI: Polis sedang mengesan seorang lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jempol, dipercayai sejak Mei lepas.
KANGAR, 29 JULAI: Polis menahan dua lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah inap desa di Kampung Kolam, Padang Besar, semalam.
KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Pasangan suami isteri dan dua anak mereka merupakan antara enam individu yang ditahan, kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM328,385 di sekitar Lembah Klang, pada Isnin lepas.
IPOH, 28 JULAI: Seorang penceramah bebas direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di negeri ini.
KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, esok.
PUTRAJAYA, 26 JULAI: Kertas siasatan terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok, untuk tindakan selanjutnya.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Taiwan kerana disyaki terlibat dalam sindiket scam (tipu) merekrut dan memperdaya rakyat tempatan untuk dijadikan pekerja operator pusat panggilan (calling center) di luar negara, dalam serbuan di Kajang pada Jumaat lepas (22 Julai).
SHAH ALAM, 22 JULAI: Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman dikesan aktif adalah pada 20 November tahun lepas, empat hari sebelum anak lelakinya cuba membuat panggilan kepada wanita itu.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella dilihat trauma dan sering mengigau pada waktu malam semasa ditempatkan semula di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.
PADANG BESAR, 21 JULAI: Padah menyimpan bekalan minyak masak melebihi had yang dibenarkan, seorang pembekal berusia 41 tahun berdepan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM1 juta jika didapati bersalah.
IPOH, 21 JULAI: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 64 pertuduhan penyelewengan, pemalsuan cek dan penggunaan cek palsu berjumlah kira-kira RM10.65 juta.
KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Dua pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang ditemukan terbaring berlumuran darah berhampiran keretanya yang diletakkan di luar kawasan perumahan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.