ad
AGENDA

Lelaki terjatuh di Sungai Lolo, Gunung Nuang ditemukan lemas

22 Apr 2024, 9:04 AM
Lelaki terjatuh di Sungai Lolo, Gunung Nuang ditemukan lemas

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Lolo di Kem Lolo, Gunung Nuang, Hulu Langat semalam, ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat mangsa berusia 36 tahun itu dijumpai 1 tengah hari, kira-kira empat kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Sementara itu, Ketua Zon 4 Hulu Langat JPBM Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof ketika dihubungi memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat dibawa ke Hospital Ampang.

Terdahulu 24 anggota termasuk 10 malim gunung dan dua renjer perhutanan digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari kedua hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn Saiful Bahrin Samad berkata ketika kejadian, cuaca hujan dan mangsa dipercayai tergelincir ketika menyeberangi sungai terbabit bersama rakan-rakannya.

"Beliau terjatuh dan dibawa arus. Rakannya kemudian hubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.