AGENDA

Tengkorak, tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong

23 Apr 2024, 9:30 AM
Tengkorak, tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong

IPOH, 23 APRIL: Satu tengkorak dan tulang manusia ditemukan di Hutan Kledang Saiong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tengkorak dan tulang berkenaan dijumpai orang awam yang beriadah di kawasan tersebut kira-kira 11 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami dibantu unit forensik dan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-254 2222.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.