KUALA LUMPUR, 15 JUN: Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Dua daripada enam warga Bangladesh maut akibat terhidu asap dalam kebakaran di sebuah kilang percetakan di Jalan P10/18, Taman Industri Selaman, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.
LAHAD DATU, 13 JUN: Bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, di sini, semalam.
SHAH ALAM, 12 JUN: Lelaki berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas berkunci sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah rumah di Setia Alam dekat sini pagi tadi.
SHAH ALAM, 12 JUN: Tindakan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, Klang Jumaat lalu mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
KUANTAN, 12 JUN: Polis menahan sembilan lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduan di hadapan sebuah premis kedai di Sri Jaya, Maran, dekat sini semalam seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.
KATHMANDU, 11 JUN: Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) memenuhi permintaan ahli keluarga pendaki ME2023 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim untuk mengadakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi pencarian udara esok sebelum ia ditamatkan.
KOTA KINABALU, 11 JUN: Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemukan terapung di laut di perkampungan atas air, Kampung Tanjung Aru Lama, di sini semalam.
KUALA LUMPUR, 11 JUN: Dua wanita antara empat ditahan kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan bersenjatakan pisau serta melarikan kenderaan dengan nilai kerugian dianggar RM60,000 di sebuah rumah di Subang Jaya.
KUALA LUMPUR, 10 JUN: Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas tular videonya mengamuk serta membaling bungkusan makanan dan minuman di sebuah restoran di sini Ahad lalu.
KUCHING, 10 JUN: Pesara syarikat swasta kerugian RM1.2 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) April lalu.
BALIK PULAU, 10 JUN: Polis menahan seorang lelaki yang memukul pemandu wanita menggunakan topi keledar dalam kejadian di Jalan Permatang Damar Laut, di sini pada Khamis yang video insiden itu tular di media sosial.
GEORGETOWN, 10 JUN: Seorang penunggang motosikal maut, sembilan individu lain cedera dalam kejadian pokok tumbang di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.
IPOH, 10 JUN: Seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja diselamatkan bomba setelah mangsa menghubungi talian kecemasan pagi tadi.
IPOH, 10 JUN: Bayi perempuan yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan ditemukan di depan pintu utama Masjid An-Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol di sini semalam.
PETALING JAYA, 9 JUN: Gara-gara cemburu, lelaki warga India tergamak menikam sehingga 18 kali teman wanitanya menggunakan pisau pemotong buah di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini, Jumaat lalu.
MELAKA, 9 JUN: Pengusaha taska di Bukit Piatu di sini mendakwa kerugian RM1.06 juta selepas terpedaya dengan ajakan lelaki yang dikenalinya menerusi Instagram dalam tempoh kurang dua minggu, untuk melabur dalam pelaburan tidak wujud.
KUALA LUMPUR, 9 JUN: Lelaki berumur 31 tahun yang dipercayai mendera bayi teman wanitanya ditahan di sebuah flat di Jinjang di sini malam tadi.
PUTRAJAYA, 8 JUN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengesahkan bahawa dua pegawai jabatan itu, merupakan antara beberapa individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Lembah Klang semalam, kerana disyaki berkomplot dengan sindiket jual bayi.
ARAU, 8 JUN: Polis menahan seorang wanita yang sedang sarat hamil sembilan bulan bersama kakak angkatnya, kerana dipercayai mencuri dua utas gelang tangan emas bernilai RM45,000 dari sebuah kedai emas di sini, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.