AGENDA

KPN: Polis akan siasat pengakuan pemimpin GISBH

15 Sep 2024, 9:35 AM
KPN: Polis akan siasat pengakuan pemimpin GISBH

KUALA LUMPUR, 15 SEPT: Polis akan menyiasat pengakuan dibuat Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali, dalam sebuah video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini, fokus akan diberikan terlebih dahulu kepada siasatan yang sedang dilakukan ke atas dakwaan eksploitasi kanak-kanak melibatkan rumah amal dipercayai milik syarikat berkenaan.

“Kita akan selesaikan siasatan berkenaan eksploitasi kanak-kanak itu dahulu, kemudian barulah kita akan fikirkan mengenai dakwaan berkenaan pemimpin syarikat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dalam sebuah video, Nasiruddin mengesahkan sememangnya dakwaan liwat terhadap kanak-kanak di rumah amal itu berlaku.

Rabu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu rumah amal terbabit yang terletak sekitar Selangor dan Negeri Sembilan serta menyelamatkan 402 individu, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur lingkungan setahun hingga 17 tahun.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.