KUANTAN, 7 SEPT: Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,600 pada 2019 hingga awal tahun ini.
KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Dua individu rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang dekat sini, pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Polis menahan seorang pengasuh sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini semalam, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan di bawah jagaannya.
JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Seramai 63 individu termasuk empat warga asing ditahan kerana saringan air kencing mereka positif pelbagai jenis dadah dan tiada dokumen perjalanan sah dalam operasi khas di dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini pagi tadi.
MUAR, 4 SEPT: Dua individu termasuk bayi lelaki berusia 45 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 144.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, dekat Pagoh, pagi tadi.
TANAH MERAH, 4 SEPT: Lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang penjawat awam, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, semalam.
KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Polis sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terlibat menyerang pengadil futsal, ketika mengadili perlawanan di sebuah kompleks sukan di Jalan PJU 1A/4 Ara Damansara, Petaling Jaya Selasa lalu.
KOTA BHARU, 3 SEPT: Seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, di sini, hari ini.
KUANTAN, 3 SEPT: Hasrat mendapatkan keuntungan segera membawa padah kepada seorang pekebun sayur di Cameron Highlands apabila kerugian RM108,344 selepas skim pelaburan saham disertainya tidak wujud.
ALOR GAJAH, 3 SEPT: Warga emas ditemukan lemas selepas hilang dibawa arus ketika cuba menyelamatkan dua rakannya yang hampir lemas di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Jabatan Imigresen menahan 36 pendatang tanpa izin yang cuba diseludup masuk ke Malaysia menggunakan bas ekspres.
HULU SELANGOR, 3 SEPT: Polis menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.
GUA MUSANG, 3 SEPT: Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di sini, Jumaat lalu.
KOTA TINGGI, 2 SEPT: Tiga maut dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 50.1 Lebuhraya Senai Desaru menghala Bandar Penawar di sini hari ini.
BESUT, 2 SEPT: Lima lelaki yang dikhuatiri hilang selepas tersesat ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan hutan Gunung Tebu, Jabi, sejak tiga hari lalu ditemui selamat jam 9.15 pagi tadi.
KLUANG, 2 SEPT: Kegembiraan empat beradik mandi di jeram Ulu Benut, Simpang Renggam, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas petang semalam.
SEGAMAT, 2 SEPT: Kemalangan yang menyebabkan enam sekeluarga maut dan dua parah di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam dipercayai berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.
SHAH ALAM, 31 OGOS: Polis menahan dua individu semalam berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja.
SEREMBAN, 31 OGOS: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, di sini hari ini.
SHAH ALAM, 31 OGOS: Lelaki yang memiliki 12 rekod jenayah lampau maut ditembak di kawasan rumah kedai dua tingkat di Jalan Hamzah Alang, Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.