ad
AGENDA

Dua lelaki ditahan kes letak kepala khinzir di gerai roti canai

27 Okt 2024, 2:57 PM
Dua lelaki ditahan kes letak kepala khinzir di gerai roti canai

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meletakkan kepala khinzir di sebuah gerai menjual roti canai di Bandar Teknologi Kajang dekat sini pada 11 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan 15 Oktober lalu di sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat pemilik gerai berkenaan berusia 18 tahun pada 7.30 malam 11 Oktober lalu.

Katanya menurut laporan berkenaan, pemilik gerai itu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan mendapati terdapat dua individu yang tidak dapat dikenal pasti memakai baju serta helmet hitam dan merah telah masuk ke kedainya.

"Mereka kemudiannya meletakkan daging kepala khinzir di atas kabinet dan dapur roti canai milik pengadu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya video kejadian berkenaan kemudian tular di media sosial sejak semalam.

Naazron berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.