GEORGE TOWN, 22 SEPT: Wanita warga Indonesia bukan sahaja berhadapan detik ngeri malah turut dicederakan selepas diculik sekumpulan lelaki selama 10 hari sebelum disembunyikan di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, berikutan suaminya gagal membayar hutang RM540,000.
KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Seramai 23 individu terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan 11 warga asing ditahan tengah malam tadi, kerana terlibat dengan penipuan tawaran kerja dalam talian dalam serbuan di dua unit kediaman di Persiaran KLCC di sini.
LABUAN, 21 SEPT: Seorang kontraktor tempatan didenda berjumlah RM40,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengemukakan penyata bank syarikat yang palsu bagi mendapatkan kontrak kerja penyelenggaraan bernilai RM95,420.00 tiga tahun lepas.
KUALA PILAH, 21 SEPT: Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara Mac tahun ini hingga 12 Sept lepas.
PUTRAJAYA, 21 SEPT: Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Seorang pengurus sebuah syarikat mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan komisen.
KUALA LUMPUR, 20 SEPT: Dua kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya lembaga pengelola sekolah dengan mengatakan bahawa mereka dilantik oleh kementerian bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih fasiliti sekolah bernilai RM875,000 tiga tahun lepas.
SHAH ALAM, 19 SEPT: Polis menumpaskan dua sindiket memproses dadah dan lima kumpulan dipercayai mengedar dadah, hasil tujuh serbuan berasingan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Sept lepas di sekitar Lembah Klang.
IPOH, 18 SEPT: Seorang pengarah syarikat kerugian RM348,673 akibat menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud menggunakan aplikasi 'OSL' yang ditawarkan kenalan laman media sosialnya.
JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir sekolah kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000, awal tahun ini.
GEORGE TOWN, 18 SEPT: Lelaki warga emas orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Kampung Pisang, Air Itam, dekat sini hari ini.
KOTA BHARU, 18 SEPT: Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Jalan Hutan Kuin, Machang semalam mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
SUNGAI PETANI, 18 SEPT: Dua individu ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan lapan unit rumah kedai di Jalan Sungai Emas Kota Kuala Muda dekat sini, awal pagi ini.
MACHANG, 17 SEPT: Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin, di sini.
KUALA LUMPUR, 17 SEPT: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Semenyih, Selangor, semalam.
KUALA NERUS, 17 SEPT: Polis menerima laporan membabitkan pelajar Tingkatan Satu yang dipercayai dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah di daerah ini, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dan menahan 51 pendatang tanpa izin dalam Op Gelombang V di Kota Bharu, Kelantan Rabu lalu.
SHAH ALAM, 16 SEPT: Warga emas berusia 67 tahun rentung dalam kebakaran empat kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri Desa Mentari di sini hari ini.
CHUKAI, 16 SEPT: Tiga beranak maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka sekeluarga dirempuh sebuah lori pasir di KM154, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Simpang 4, Jalan Mak Lagam-Cheneh, di sini semalam.
SHAH ALAM, 14 SEPT: eorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah aktiviti pengubahan wang haram.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.