ad
AGENDA

Empat penumpang termasuk kanak-kanak cedera, bas persiaran rempuh treler

9 Nov 2024, 3:27 AM
Empat penumpang termasuk kanak-kanak cedera, bas persiaran rempuh treler

IPOH, 9 NOV: Empat penumpang cedera dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan treler di Kilometer 295.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.03 pagi.

"Setibanya bomba di lokasi kejadian kesemua mangsa yang berada dalam bas berjaya keluar sendiri dan tiada mangsa tersepit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati empat penumpang iaitu tiga wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata bas persiaran membawa 41 peserta rombongan yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kedah itu merempuh belakang treler sehingga mengakibatkan bahagian hadapan bas remuk.

Bagaimanapun, pemandu bas dan treler masing-masing tidak mengalami kecederaan manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.