PUTRAJAYA, 15 FEB: Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki warga asing dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.
GURUN, 15 FEB: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian tiga anggota tentera pada 2 Feb lepas.
KUALA LUMPUR, 15 FEB: Polis mengesahkan insiden kereta polis bantuan dibaling molotov cocktail berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini hari ini.
BALIK PULAU, 15 FEB: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berbeza sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian RM46,953 dalam kejadian baru-baru ini.
GEORGE TOWN, 14 FEB: Lelaki yang ditahan kerana bertindak agresif memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Jalan Gangsa, di sini semalam didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada warga emas itu.
ALOR GAJAH, 14 FEB: Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.
PUTRAJAYA, 14 FEB: Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahannya mengedar dadah methamphetamine seberat 63.7 gram, lapan tahun lepas.
GEORGE TOWN, 14 FEB: Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tiga tong gas petroleum cecair (LPG) dalam kejadian di rumah pangsa di Jalan Gangsa, di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima sebarang mesej pesanan sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mahupun platform pemesejan lain yang menawarkan perkhidmatan melepaskan orang kena tahan (OKT) yang dipercayai mempunyai hubungan pekerjaan dengan mereka.
JOHOR BAHRU, 12 FEB: Polis Johor menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.
JOHOR BAHRU, 12 FEB: Tiga premis kerajaan di Johor Bahru Selatan disahkan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu sama, hari ini.
IPOH, 11 FEB: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu lembu yang dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan kehilangan dua utas rantai emas milik seorang tukang jahit, dalam kejadian di Tanjung Rambutan, 8 Feb lalu.
GEORGE TOWN, 11 FEB: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 11 FEB: Dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, yang ditahan dua hari lepas, bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang tunai RM35,000, dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.
JOHOR BAHRU, 11 FEB: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.
JOHOR BAHRU, 10 FEB: Dua lagi anggota daripada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita, Isnin lalu.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Polis menahan dua pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di sebuah taska di Semenyih, bulan lepas.
IPOH, 10 FEB: Pegawai wanita di sebuah agensi kerajaan kerugian RM168,000 akibat ditipu sindiket penipuan menerusi telefon yang turut menyamar diri sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).
HULU SELANGOR, 10 FEB: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram (kg) ganja di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Khamis lalu.
GEORGE TOWN, 10 FEB: Polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, seperti tular melalui media sosial sejak semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.