ad
AGENDA

Terperdaya tawaran skim pelaburan di WhatsApp, pesara rugi RM2.3 juta

14 Mac 2025, 3:59 AM
Terperdaya tawaran skim pelaburan di WhatsApp, pesara rugi RM2.3 juta

SHAH ALAM, 14 MAC: Seorang pesara kerugian RM2.3 juta selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud akibat terpedaya dengan jaminan pulangan tinggi ditawarkan sehingga AS$8 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa yang juga seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun, mendakwa diperdaya selepas menyertai kumpulan WhatsApp yang menawarkan skim pelaburan pada November tahun lalu, lapor portal Berita Harian.

"Mangsa kemudian diberikan pautan laman sesawang yang boleh diakses untuk melihat keuntungan dan mengendalikan pelaburan berkenaan.

"Dia yang tertarik dengan keuntungan tinggi dijanjikan sehingga AS$8 juta, membuat pelaburan dan melakukan transaksi pada 27 November tahun lalu sehingga 4 Mac lalu dengan empat pemindahan secara dalam talian ke empat akaun bank tempatan berjumlah RM2.3 juta," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kumar berkata, mangsa yang sedar ditipu selepas tidak berjaya mengeluarkan keuntungan diperoleh kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.