ALOR SETAR, 12 MAC: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan lelaki warga Thailand bersama 14,000 pil methamphetamine di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, 6 Mac lalu.
MANJUNG, 12 MAC: Seorang pekebun warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya minggu lepas.
SHAH ALAM, 11 MAC: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot nelayan bersama empat lelaki warga asing yang dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran di sekitar perairan Pulau Ketam semalam.
PASIR MAS, 11 MAC: Polis menahan empat lelaki yang disenarai sebagai orang yang dikehendaki, termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ hari ini, berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, di sini, baru-baru ini.
PUTRAJAYA, 11 MAC: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap dua rakan atas kesalahan mengedar hampir 10 kilogram (kg) dadah di dalam sebuah kereta, lima tahun lepas.
GEORGE TOWN, 11 MAC: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak kelmarin.
KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dua individu dipercayai saksi kejadian bayi lelaki yang ditemukan maut di sebuah kondomonium di Sri Petaling di sini semalam, telah dirakam percakapan mereka hari ini bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 9 MAC: Polis Diraja Malaysia mengesyaki terdapat mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara yang pernah diselamatkan sebelum ini, menjadi ejen sindiket bagi merekrut raykat negara ini untuk bekerja di luar negara.
PUTRAJAYA, 9 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor dalam satu serbuan pada 5 Mac lepas.
GEORGE TOWN, 8 MAC: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kompleks Bukit Jambul, petang semalam.
GEORGETOWN, 8 MAC: Empat lelaki, tiga daripadanya warga China, ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penculikan pemilik sebuah restoran di sini semalam.
KUCHING, 8 MAC: Polis melakukan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lalu.
KUCHING, 7 MAC: Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.
JOHOR BAHRU, 7 MAC: Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai ‘one stop centre’ dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 April ini keputusan bagi rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didapati bersalah atas kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Polis menahan seorang lelaki dikenali sebagai “Din Beringin” yang disyaki terlibat dalam kes kecurian kabel di sekitar ibu negara.
KANGAR, 7 MAC: Seorang penjual ketam direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penghinaan ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail melalui laman sosial Facebook.
GEORGE TOWN, 6 MAC: Seorang anggota polis berpangkat konstabel menerima tujuh jahitan di tapak tangan kiri akibat cedera selepas bergelut dengan penagih ketika serbuan Op Tapis di Teluk Kumbar, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 6 MAC: Seorang pekerja sebuah restoran melecur hampir 80 peratus di bahagian badan selepas terlibat dalam kebakaran premis berkenaan di Jalan Bangsar Utama 6, di sini, hari ini.
BATU PAHAT, 6 MAC: Polis menemukan beberapa tulang dipercayai milik manusia di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah dekat sini pada 11.30 pagi 28 Februari lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.