ad
AGENDA

Anggota polis parah tertembak diri sendiri di IPK

8 Apr 2025, 3:00 PM
Anggota polis parah tertembak diri sendiri di IPK

GEORGE TOWN, 8 APRIL: Seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Lelaki berpangkat koperal berusia 58 tahun itu terus dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Ada (kes tersebut) dan (kes) masih dalam siasatan awal, hebahan media akan dibuat (dalam masa terdekat)," katanya malam ini.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.