JELI, 13 APRIL: Suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dekat Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong, di sini semalam.
KUCHING, 12 APRIL: Lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang dalam insiden kepala air di air terjun Kampung Sebat, Sematan, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya ini petang tadi.
KUANTAN, 12 APRIL: Polis menumpaskan aktiviti pengedaran dadah jenis jus minuman di pusat hiburan sekitar Kuantan susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di dua lokasi berbeza di sini hari ini.
TELUK INTAN, 12 APRIL: Pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langgar mati tiga warga Pakistan yang dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri Rabu lepas, mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
MELAKA, 12 APRIL: Seorang anggota polis ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal di sini pada awal pagi, Rabu lepas.
TELUK INTAN, 12 APRIL: Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan adik tirinya menggunakan sebilah pisau, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Seorang lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas.
KUALA LUMPUR, 12 APRIL: Lelaki Israel Avitan Shalom yang ditahan memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas, akan didakwa atas pertuduhan senjata api di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
KUANTAN, 12 APRIL: Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club, Genting Highlands pada Sabtu lepas.
IPOH, 11 APRIL: Polis menahan empat lelaki warga Pakistan kerana memukul pemandu kereta susulan kemalangan jalan raya yang menyebabkan tiga rakan senegara mereka maut di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, Teluk Intan, semalam.
KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Lelaki Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini bulan lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KUANTAN, 10 APRIL: Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
JEMPOL, 10 APRIL: Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.
REMBAU, 9 APRIL: Empat pekerja warga asing cedera termasuk seorang patah tangan kanan selepas rumah kongsi dihuni mereka di Kampung Senama, Tanjung Keling, di sini, disamun lima lelaki awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR 9 APRIL: Lima anggota polis antara tujuh lelaki yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun terhadap seorang warga asing di KL Trillion Resident di Jalan Tun Razak pada Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR, 9 APRIL: Polis sedang mengesan dua individu disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan membakar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu, Damansara, PJ, tengah malam Ahad lepas.
JOHOR BAHRU, 9 APRIL: Seorang pesara pensyarah dari sebuah universiti awam kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
KUALA TERENGGANU, 9 APRIL: Seorang buruh bertindak menetak isterinya menggunakan parang dipercayai selepas mangsa meminta cerai dalam kejadian di Ketengah Jaya, Dungun, Ahad lepas.
KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Dua rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menyamun seorang lelaki, wang tunai pelbagai mata wang bernilai RM242,422 dengan menggunakan sebilah pisau pemotong kertas Isnin lepas.
IPOH, 8 APRIL: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik- Jeli, dekat Gerik semalam meninggal dunia malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.