JOHOR BAHRU, 23 MEI: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kereta buruk sebagai tempat penyimpanan selepas menahan dua individu dalam operasi khas di sini pada 16 hingga 20 Mei lepas.
CHUKAI, 23 MEI: Penyelam ditemui lemas dipercayai ketika melakukan kerja selaman dasar laut di Pantai Geliga dekat sini, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Polis menahan 11 lelaki dan dua wanita warga asing disyaki terlibat kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian selepas menyerbu dua unit kediaman di Jalan Ceylon, Bukit Bintang di sini, semalam.
BATU KAWAN, 22 MEI: Pemuda yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika mendaki di Bukit Hill Top Batu Kawan di sini, ditemukan selamat 2 petang tadi.
GERIK, 22 MEI: Lelaki berusia 29 tahun ditahan dipercayai mencederakan ibunya dengan pisau pemotong getah ketika wanita itu menunaikan solat di rumah mereka di Kampung Bongor, di sini semalam.
JOHOR BAHRU, 22 Mei: Dua pelajar yang ditahan susulan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram Jumaat lalu sehingga mengakibatkan dua anggota polis dan seorang suspek maut dibebaskan tanpa syarat semalam.
KUALA LUMPUR, 21 MEI: Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
KUALA TERENGGANU, 21 MEI: Seorang pesara syarikat swasta kerugian RM142,300 setelah terpedaya dengan iklan jualan sebuah kenderaan pacuan empat roda melalui media sosial.
BENTONG, 21 MEI: Empat individu termasuk tiga wanita yang video mereka tular di media sosial kerana memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands minggu lepas, didenda RM500 atau penjara tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
KOTA BHARU, 21 MEI: Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
KUANTAN, 20 MEI: Seramai empat daripada 15 individu yang ditahan untuk siasatan berkaitan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak di Genting Highlands yang tular di media sosial baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Bentong, esok.
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, tiga hari lepas.
KOTA BHARU, 20 MEI: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya serta mengugutnya, dua minggu lepas.
SHAH ALAM, 20 Mei: Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
PUTRAJAYA, 20 MEI: Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dengan menikam mangsa tujuh kali dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
KUALA LUMPUR, 19 MEI: Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi Internet, susulan terdapat trend pengiklanan produk kesihatan palsu dengan menggunakan imej individu terkenal dalam media sosial.
GEORGE TOWN, 19 MEI: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun selepas disyaki menceroboh Balai Polis Dato’ Keramat di sini dan cuba merampas senjata api milik anggota sentri dalam kejadian awal pagi tadi.
MELAKA, 19 MEI: Anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Semua suspek yang direman hari ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam merupakan rakyat tempatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
PUTRAJAYA, 18 MEI: Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan manusia selepas menahan lapan warga Bangladesh dalam operasi di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.