JAKARTA, 6 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia berterusan meningkat kepada 118,753 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,882 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
LOS ANGELES, 6 OGOS: Lebih 500 banduan - hampir separuh daripada penghuni - sebuah penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS) diuji positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai penjara.
TOKYO, 6 OGOS: Jepun memperingati ulang tahun ke-75 pengeboman atom Hiroshima pada Khamis, dengan datuk bandar mendesak dunia untuk bersatu menentang ancaman terhadap manusia termasuk yang berasal daripada senjata nuklear, lapor agensi berita Xinhua.
BEIRUT, 6 OGOS: Kabinet Lubnan pada Rabu mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu, sementara jumlah kematian akibat letupan di pelabuhan Beirut meningkat 135 orang, lapor agensi berita Xinhua.
KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALLBATT) 850-7 di Lubnan bersedia memberi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) jika komitmen itu diperlukan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), susulan insiden letupan di Beirut pada petang Selasa, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS: Malaysia bersedia menghulur bantuan kepada Lubnan dalam apa jua cara yang mungkin, susulan kejadian letupan hebat yang menggegarkan Beirut, Lubnan pada Selasa.
KAHERAH, 5 OGOS: Gabenor Beirut Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar RM12.58 ke RM20.97 bilion (US$3 ke 5 bilion), lapor agensi berita Sputnik.
JAKARTA, 5 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 116,871 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,815 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
BEIRUT, 5 OGOS: Ketua Setiausaha Palang Merah Lubnan pada Rabu berkata mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.
ISTANBUL/BEIRUT, 5 OGOS: Presiden Lubnan Michel Aoun berkata ammonium nitrat sebagai punca letupan besar di Pelabuhan Beirut pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
WASHINGTON, 5 OGOS: Presiden Donald Trump berkata beliau dimaklumkan oleh jeneral tentera Amerika Syarikat (AS) letupan kuat yang menggegarkan Beirut seolah-olah sebuah letupan bom.
BEIRUT, 5 OGOS: Jumlah angka korban dalam letupan kuat yang berlaku di sebuah gudang di pelabuhan dekat sini sekitar 6.10 petang waktu tempatan ( 11.10 malam waktu Malaysia) pada Selasa terus meningkat.
SINGAPURA, 4 OGOS: Terdapat sejumlah 400 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada 2019, meningkat berbanding 397 tahun sebelumnya, menurut Samaritans of Singapore (SOS).
BANGKOK, 3 OGOS: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) hari ini berkata warga asing terpilih termasuk pekerja migran dari negara jiran yang dibenarkan memasuki negara itu akan tiba mulai esok.
JAKARTA, 3 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 113,134 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,679 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
SINGAPURA, 3 OGOS: Singapura mencatatkan 226 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan satu kes dalam komuniti melibatkan seorang banduan.
TOKYO, 3 OGOS: Jumlah syarikat muflis di Jepun disebabkan Covid-19 kini mencecah sebanyak 400, lapor agensi berita Sputnik memetik penyiar NHK pada Isnin.
JAKARTA, 3 OGOS: Jumlah pelancong asing yang mengunjungi Indonesia mengalami penurunan pada Jun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang masih melanda, lapor agensi berita Xinhua.
JAKARTA, 2 OGOS: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,519 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 111,455 kes.
SINGAPURA, 2 OGOS: Singapura mencatat 313 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, dengan lima lagi kes import.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.