ad
AGENDA

Hospital Al-Shifa kembali beroperasi selepas tentera Israel berundur Jumaat lalu

28 Nov 2023, 7:23 AM
Hospital Al-Shifa kembali beroperasi selepas tentera Israel berundur Jumaat lalu

GAZA, 28 NOV: Kementerian Kesihatan Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel.

"Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)... Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa," menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Kementerian itu menggesa pesakit dialisis di bandar raya itu dan kawasan di utara wilayah terkepung berkenaan mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel berundur dari Hospital Al-Shifa pada 24 November selepas menawan kompleks perubatan itu selama 10 hari. Rejim Israel menuduh Hamas menggunakan hospital itu sebagai markas.

Pada Isnin, Qatar mengumumkan lanjutan gencatan sementara selama dua hari lagi di Gaza.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.