WASHINGTON, 14 JULAI: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu.
SINGAPURA, 9 JULAI: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat sutera, dan lebah madu.
BANDARAYA GAZA, 8 JULAI: Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan di barat daya Bandaraya Gaza apabila tentera rejim secara mengejut menyerang mereka buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan.
JAKARTA, 8 JULAI: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, empat cedera manakala 26 lagi hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah lombong emas di daerah Bone Bolango, wilayah Gorontalo di utara Pulau Sulawesi pada Ahad.
GAZA, 7 JULAI: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
GAZA, 7 JULAI: Kemudahan sanitasi dan infrastruktur di Gaza kini terjejas teruk, menurut Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA, 5 JuULAI: Kira-kira dua juta penghuni kem perlindungan di tengah Semenanjung Gaza terus dihimpit kesukaran hidup, kini, berdepan dengan penularan kudis buta, iaitu sejenis penyakit kulit yang amat mudah berjangkit.
RAMALLAH, 4 JULAI: Jumlah rakyat Palestin yang ditahan sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lepas, telah meningkat kepada 9,520 orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS).
KAHERAH, 30 JUN: Hospital, pusat perubatan dan stesen oksigen di Semenanjung Gaza mungkin ditutup dalam masa 48 jam kerana kekurangan bahan api yang diperlukan untuk menghidupkan generator, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Ahad, lapor Sputnik.
YALA (Thailand), 30 JUN: Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
GAZA, 29 JUN: Sektor Pemulihan Rangkaian NGO Palestin menganggarkan 10,000 individu mengalami pelbagai tahap kehilangan upaya akibat serangan Israel terhadap Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
GAZA, 29 JUN: Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin pada Jumaat mendedahkan lebih 625,000 kanak-kanak tidak bersekolah selama lebih lapan bulan peperangan di Gaza.
ISTANBUL, 29 JUN: Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.
NEW YORK, 28 JUN: Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Khamis bahawa sekurang-kurangnya 557,000 wanita di Gaza kini menghadapi masalah kekurangan makanan, sambil menyatakan bahawa ramai ibu dan wanita dewasa di sana sering mengutamakan memberi makan kepada orang lain, menghadapi kesukaran lebih besar berbanding lelaki dalam mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.
ANKARA, 26 JUN: Sekurang-kurangnya 60 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 37,718, menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Rabu.
GENEVA, 26 JUN: Setiap hari, 10 kanak-kanak kehilangan satu atau kedua-dua kaki akibat genosid berterusan di Semenanjung Gaza, menurut Setiausaha Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
LONDON, 26 JUN: Hampir 1.8 bilion orang dewasa berisiko menghadapi penyakit seperti kanser, strok, demensia dan diabetes kerana kurang bersenam dan keadaan ini semakin meruncing, menurut satu laporan.
ISTANBUL, 24 JUN: Lebih 20,000 kanak-kanak Palestin hilang di Gaza akibat serangan Israel ke atas wilayah terkepung itu sejak 7 Okt lepas, lapor Agensi Anadolu memetik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save the Children.
RIYADH, 24 JUN: Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel mengumumkan kejayaan pelaksanaan usaha pengurusan kesihatan pada musim haji 2024.
GAZA, 23 JUN: Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 47 rakyat Palestin terbunuh dan 121 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.