ad
AGENDA

Operasi pencegahan Iran berakhir, serangan balas terhadap Israel menyusul

18 Jun 2025, 8:55 AM
Operasi pencegahan Iran berakhir, serangan balas terhadap Israel menyusul

TEHRAN, 18 JUN: Pengerusi Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Mejar Jeneral Abdolrahim Mousavi pada Selasa menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang dilancarkan sejak Jumaat lalu bertujuan memberi amaran sebagai amaran pencegahan dan tindakan hukuman akan menyusul tidak lama lagi.

“Operasi ini berfungsi sebagai amaran pencegahan, dan tindakan punitif akan dilaksanakan tidak lama lagi,” lapor Agensi Berita Islam Iran (IRNA) memetik kenyataan beliau.

Mousavi turut menuduh Israel melanggar undang-undang antarabangsa berikutan serangan berterusan rejim itu di Gaza dan Lubnan, yang telah meragut nyawa hampir 300 wartawan.

Beliau mengecam serangan Israel terhadap ibu pejabat Perbadanan Penyiaran Islam Iran (IRIB) di Tehran, yang disifatkan sebagai usaha terancang untuk membungkam media bebas.

“Rejim itu menyerang petugas media IRIB secara kejam, mengabaikan sebarang undang-undang antarabangsa yang diiktiraf, semata-mata untuk menutup suara kebenaran,” tegasnya.

Beliau berkata, rakyat Iran bersama angkatan bersenjata negara itu akan bertindak bagi menuntut pembalasan terhadap darah mereka yang syahid.

- BERNAMA-IRNA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.