PARIS, 28 JULAI: Sesi latihan renang pertama untuk atlet triatlon Olimpik di Sungai Seine dibatalkan pada Ahad kerana kualiti air yang buruk, lapor agensi berita Jerman, dpa.
KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Menteri-Menteri Luar Asean pada Sabtu mengecam serangan Israel ke atas orang awam dan infrastruktur awam di Gaza, yang telah mengakibatkan jumlah korban yang membimbangkan sejak 7 Oktober.
VIENTIANE, 26 JULAI: Malaysia menggesa rakan dialog yang menghadiri Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Laos menyokong gencatan senjata di Gaza serta menamatkan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin.
PARIS, 26 JULAI: Sukan Olimpik edisi ke-33 yang membuka tirai secara rasminya malam ini hingga 11 Ogos, menandakan kembalinya kota Paris sebagai tuan rumah setelah kali terakhir menganjurkan temasya terbesar dunia itu seabad lepas.
KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas akibat protes jalanan yang berterusan di Kenya -- kini memasuki minggu keenam, dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
ANKARA, 24 JULAI: Dua kenderaan milik Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ditembak di Semenanjung Gaza pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
WASHINGTON, 23 JULAI: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.
GAZA, 23 JULAI: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Isnin mengecam serangan Israel terhadap konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuju ke Bandar Gaza, lapor Xinhua.
GAZA, 22 JULAI: Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
AMERIKA SYARIKAT, 22 JULAI: Tidak lama selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden, lawannya daripada Republikan, Donald Trump mengatakan bahawa pemimpin itu 'tidak sesuai untuk bertanding' menjadi presiden.
WASHINGTON/ANKARA, 22 JULAI: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden semalam mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden AS dan menyokong Naib Presidennya Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.
MOSCOW, 21 JULAI: Lebih daripada 8.8 juta tiket telah dijual untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris, kata Pengarah Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Kit McConnell, lapor Sputnik.
BANGKOK, 17 JULAI: Enam orang - tiga lelaki dan tiga wanita - ditemukan maut di sebuah bilik hotel terkemuka di kawasan Ratchaprasong di sini, Selasa, dipercayai akibat keracunan.
GAZA, 16 JULAI: Seramai 9,241 pelajar terbunuh dan 15,182 cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan situasi di Gaza sebagai sangat berbahaya dengan menyatakan "tiada tempat selamat" di wilayah itu.
ISTANBUL, 16 JULAI: Pembersihan runtuhan bangunan akibat serangan maut Israel ke atas Semenanjung Gaza akan mengambil masa kira-kira 15 tahun, kata Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) semalam.
GAZA, 14 JULAI: Pasukan tentera Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 61 rakyat Palestin terbunuh dan 129 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
WASHINGTON, 14 JULAI: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS pada Sabtu.
SINGAPURA, 9 JULAI: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat sutera, dan lebah madu.
BANDARAYA GAZA, 8 JULAI: Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan di barat daya Bandaraya Gaza apabila tentera rejim secara mengejut menyerang mereka buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.