ad
AGENDA

Hampir seminggu terputus dunia luar, Iran tarik balik sekatan internet

26 Jun 2025, 9:36 AM
Hampir seminggu terputus dunia luar, Iran tarik balik sekatan internet

TEHERAN, 26 JUN: Kerajaan Iran mengumumkan sekatan internet yang dilaksanakan semasa perang dengan Israel ditarik balik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Akses internet telah kembali normal,” kata Menteri Komunikasi Sattar Hashemi pada Rabu.

Sebahagian besar penduduk hampir sepenuhnya terputus daripada laman sesawang luar selama hampir seminggu, termasuk banyak perkhidmatan pemesejan.

Penduduk di Teheran memaklumkan pada tengah hari Rabu bahawa mereka sudah boleh mengakses kandungan internet luar semula. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa sekatan dengan halaman dimuatkan secara perlahan atau tidak dapat dimuatkan langsung.

Pihak berkuasa keselamatan secara rasmi memberi alasan langkah itu atas dasar keperluan ketenteraan untuk melindungi daripada serangan Israel.

Namun ramai penduduk yang ingin mendapatkan maklumat secara bebas tidak mempercayai penjelasan itu dan menuduh kerajaan mahu menapis laporan mengenai perang tersebut.

-- BERNAMA-dpa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.