BANDARAYA GAZA, 11 OGOS: Kebanyakan mangsa yang cedera dalam serangan Israel yang mengenai sebuah sekolah di sini pada awal pagi Sabtu mengalami kecederaan parah, termasuk melecur seluruh badan dan kehilangan anggota badan, kata Pengarah Hospital Al-Ahli Baptist di bandar itu kepada Agensi Anadolu (AA).