ad
AGENDA

PBB gesa Israel tamatkan larangan ke atas media antarabangsa di Gaza

18 Jul 2025, 2:51 PM
PBB gesa Israel tamatkan larangan ke atas media antarabangsa di Gaza

ISTANBUL, 18 JUL: Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin pada Jumaat menggesa Israel supaya segera menamatkan larangan terhadap kemasukan media antarabangsa ke Semenanjung Gaza, sambil memberi amaran bahawa sekatan maklumat itu menggalakkan penyebaran maklumat palsu dan menjejaskan kepercayaan terhadap laporan saksi dan agensi kemanusiaan.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), Philippe Lazzarini berkata menerusi platform X bahawa larangan terhadap media antarabangsa telah berlarutan lebih 650 hari ketika "kekejaman terhadap orang awam" terus berlaku.

“Larangan kemasukan media antarabangsa mesti ditamatkan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa lebih 200 wartawan Palestin telah terbunuh sepanjang konflik yang berterusan itu.

“Larangan media menyemarakkan kempen maklumat palsu yang mempertikai data serta laporan secara langsung daripada saksi dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.