KUALA LUMPUR, 23 NOV: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada 8.11 malam ini.
BUSAN, 23 NOV: Kenderaan pelbagai guna tanpa kendalian manusia, HR-Sherpa, akan menjadi sebahagian daripada pemantauan sistem keselamatan bagi Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Republik Korea 2019 yang akan diadakan di sini bermula 25 Nov.
ISLAMABAD, 22 NOV: Pakistan dan Bangladesh pada Khamis menolak aktiviti petempatan Israel di Tebing Barat dan mengesahkan sokongan penuh mereka kepada Palestin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua negara.
BANGKOK, 22 NOV: Tuduhan Malaysia memberi perlindungan kepada penjenayah dari wilayah selatan Thailand yang dikehendaki pihak berkuasa negara itu adalah tidak berasas, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
PARIS, 21 NOV: Unesco teruja untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menganjurkan aktiviti peringkat serantau berhubung kebebasan media di peringkat Asia-Pasifik pada tahun depan, demikian dinyatakan di sini.
TOKYO, 21 NOV: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berjanji akan melakukan segala usaha bagi menangani matlamat dasarnya seperti menamatkan deflasi, populasi menua dan penurunan kadar kelahiran selain menyemak semula Perlembagaan negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.
DOHA, 21 NOV: Malaysia berada pada landasan yang betul dalam menggunakan data raya dan kecerdasan buatan (AI) untuk faedah kanak-kanak terutamanya bagi memastikan kerjaya masa depan mereka serta mengelakkan ketidakpadanan kemahiran dan bakat.
BANGKOK, 20 NOV: Seorang rakyat Malaysia yang dinamakan sebagai ‘David, raja arak tiruan’, telah ditahan di Bangkok pada Isnin, atas kesalahan menghasilkan arak tiruan.
IPOH, 17 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemukakan permohonan penambahan sebanyak 10,675 jawatan melibatkan kakitangan hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara kepada Kerajaan Persekutuan.
BANGKOK, 17 NOV: ASEAN dan China bersetuju untuk mengadakan satu lagi eksesais maritim bagi memupuk perdamaian di rantau ini.
KUALA LUMPUR, 15 NOV: "Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan sekali sekala kedengaran bunyi tembakan amaran dengan gas pemedih mata yang dilepaskan, saya turut merasa pedihnya meskipun menginap dalam hostel”.
ROM, 15 NOV: Kerajaan Itali isytihar darurat dan 20 juta euro (AS$22 juta) bantuan kecemasan disediakan ekoran bencana banjir terburuk yang melanda Venice dalam tempoh lebih 50 tahun, kata Perdana Menteri, Giuseppe Conte pada Khamis.
JAKARTA, 15 Nov: Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan kepulauan Maluku Utara dan Sulawesi Utara, Indonesia, jam 1.17 pagi waktu Indonesia Timur (12.17 malam waktu Malaysia).
JAKARTA, 13 NOV: Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah balai polis di Medan, Sumatera Utara kira-kira pukul 8.40 pagi waktu tempatan pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.
KUALA LUMPUR, 11 NOV: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, umat Islam harus berusaha mendapatkan sokongan dunia dengan menonjolkan ketidakadilan yang dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Palestin.
PONTIAN, 10 NOV: Pemimpin parti pembangkang Kemboja, Mu Sochua tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaliknya cuma melalui proses pemeriksaan biasa di lapangan terbang, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.
PUTRAJAYA, 6 NOV: Malaysia akan menyumbang US$20,000 kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan khusus buat menjayakan usaha-usaha pemulihan banjir yang melanda negara-negara Afrika.
NEW DELHI, 3 NOV: Pencemaran udara di New Delhi terus mencetuskan kebimbangan dan dengan bermulanya musim sejuk, orang ramai mula berlumba-lumba membuat persiapan berdepan situasi lebih buruk ekoran peningkatan toksik.
BANGKOK, 3 NOV: Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak berkaitan secara rasmi bermula hari ini di Pusat Pameran dan Konvensyen IMPACT di sini.
LONDON, 2 NOV: Semua 39 mayat yang ditemui dalam trak sejuk beku di Essex dipercayai warga Vietnam dan identiti beberapa mangsa telah dikenal pasti, kata Polis United Kingdom (UK).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.